Thursday 16 October 2014

Rencana : Bahan tambah kimia dan kesannya terhadap kesihatan manusia

BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
Oleh
            Zulaikha Binti Abd Rahman        

SEJARAH PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN     
Perkembangan teknologi pemprosesan telah menyumbang kepada industri pengawetan makanan yang menggantikan cara tradisional daripada nenek moyang kita. Oleh itu, aditif makanan telah digunakan dan ia adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009). Mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, jenis-jenis aditif makanan yang dibenarkan ialah bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa, pengantioksida dan kondisioner makanan. Jenis-jenis kondisioner makanan yang dibenarkan ialah pengemulsi, penstabil, pemekat, pengawal asid, enzim serta pelarut. Bagi memperhalusi undang-undang, pelbagai agensi kerajaan telah bertindak untuk mengawal dan memantau penggunaan bahan tambah kimia dalam makanan sehingga ke hari ini. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan versi terkini mengenai Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pada bulan Januari 2014.

PUNCA-PUNCA PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
            Makanan boleh rosak selepas suatu tempoh tertentu. Makanan yang telah rosak akan berubah rupa dan rasa. Makanan yang telah rosak mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri seperti bau yang tidak menyenangkan, rasa yang tidak menyenangkan, berubah warna, berubah rupa, dan berkulat. Pengguna boleh mengalami keracunan makanan sekiranya makan makanan yang rosak. Makanan rosak akibat tindakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Mikroorganisma ini tidak boleh membuat makanannya sendiri dan hidup di atas makanan serta menguraikannya.

KEPENTINGAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
Bahan Tambahan Makanan

Fungsi
Contoh Bahan Kimia
Contoh Makanan
Pengawet
Menghalang atau melambatkan pertumbuhan bakteria dan kulat
Asid Benzoik
Minuman ringan, sos, cili boh
Asid Propionik
Roti, kek
Sulfur Dioksida
Jem, jus buah-buahan
Natrium Nitrit
Daging, ayam, ikan
Pewarna

Mewarnakan makanan
Metanil Kuning
Aiskrim, minuman ringan
Karamel
Kek
Mengekalkan warna makanan yang telah hilang semasa pemprosesan makanan
Sebatian Azo / Trifenil
Sardin dalam tin, kacang merah dalam tin
Bahan perisa
Menambah rasa atau bau yang harum
Monotarium Glutamat
Minuman ringan, mee segera
Pengantioksida
Melambatkan pengoksidaan lemak
Asid Askorbik
Marjerin, jem, susu kultur
Mencegah ketengikan makanan berminyak atau berlemak
Asid Sitrik
Minyak masak
Pemanis
Memberi rasa manis untuk menggantikan gula
Sakarin
Minuman ringan, aiskrim
Aspartam
Minuman ringan, aiskrim
Xilitol
Buah-buahan kering
Sorbitol
Makanan dalam tin
Penstabil
·  Menghalang proses pemendapan cecair
·  Memberi tekstur yang seragam dan licin
Lesitin, Gelatin
Sos cili, sos tiram
Gam Akasia
Aiskrim
Agen pemekat
Memekatkan cecair
Gelatin
Kicap pekat, sos tiram
Peluntur
Memudarkan atau menyahwarnakan makanan supaya kelihatan lebih bersih dan tulen
Benzoil Peroksida
Mihun, tepung gandum
Jadual 1 Kepentingan Bahan Tambahan Dalam Makanan Serta Fungsinya, Contoh Bahan Kimia Yang Digunakan Dalam Setiap Makanan

KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
Pelbagai bahan tambah kimia digunakan dalam industri makanan yang membawa manfaat kepada pengguna. Antaranya ialah tarikh luput makanan dapat dipanjangkan kerana makanan tidak rosak akibat tindakan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan menyebabkan makanan mudah disimpan dan dipasarkan. Malahan, makanan yang telah diawet dapat mengekalkan bentuk dan rasa makanan yang asli dalam beberapa tempoh masa. Selain itu, pembaziran makanan dapat dielakkan kerana makanan yang berlebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada waktu yang lain serta bekalan makanan mencukupi kerana makanan boleh dimakan di luar musimnya.

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA KE ATAS MANUSIA
Sesetengah bahan tambahan makanan didapati melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Akta Makanan yang akan membahayakan kesihatan. Sesetengah agen pengawet adalah karsinogenik dan mungkin menyebabkan kanser jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kalsium dinatrium EDTA merupakan salah satu agen pengawet yang menyumbang kepada penyakit gastrik, kerosakan ginjal dan kekejangan otot. Penggunaan dimetil sulfat yang berlebihan sebagai bahan perisa dalam makanan akan menyebabkan lecuhan kulit yang teruk, lumpuh dan koma manakala amil asetat boleh mendorong kepada kemerosotan sistem saraf, sakit dada, sakit kepala dan penat.

ISU PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DARI SUDUT PANDANGAN AGAMA
Makanan tradisional diperoleh daripada sumber semula jadi tanpa ada penambahan unsur lain seperti gula dan garam. Teknik tradisional yang digunakan untuk membuat makanan hanyalah menggaulkan adunan atau bahan mentah sahaja seperti menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan. Oleh itu, masyarakat Islam tidak meragui status halal bagi sesuatu makanan.

Isu keraguan tentang makanan moden adalah disebabkan punca bahan tambah kimia serta pengurusan pemprosesan makanan yang mengikut hukum syarak atau tidak. Misalnya, L-Cystein dihasilkan melalui cara sintetik iaitu daripada sumber bukan organik seperti petroleum atau daripada rambut manusia dan bulu itik atau ayam. Kegunaannya ialah mengurangkan masa mengadun doh gandum, menghentikan pengecutan kerak pizza selepas dinipiskan dan menghasilkan bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu. Penggunaan rambut manusia dalam makanan adalah haram. Walaupun L-Cystein terdapat dalam pelbagai jenis makanan, ia tidak disenaraikan sebagai bahan ramuan pada label kerana tidak dianggap sebagai penambah makanan tetapi sebagai bantuan dalam pemprosesan (Syed Rasheeduddin, 2001).

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makanan-daripada-perspektif-halal 

ISU BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN DI MALAYSIA DARI ASPEK NILAI       
          Sakarin ialah bahan pemanis iaitu lebih kurang 400 kali lebih manis daripada gula biasa telah diharamkan di Malaysia, Jerman, Portugal, Perancis, Israel dan Taiwan kerana boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, Aspartam telah digunakan untuk menggantikan Sakarin kerana nilai kesihatan pengguna dititiberatkan dalam pemakanan seharian. Selain itu, bahan pewarna seperti Tartrazin dan Carmoisine pula boleh menyebabkan gerak balas alergi kepada sesetengah orang seperti ruam, bengkak dan hidung berair. Bahan pewarna ini masih digunakan mengikut kadar yang telah ditetapkan atas dasar nilai keselamatan dan komersial. Namun begitu, kedua-dua bahan pewarna ini telah diharamkan penggunaanya di negara Norway dan Australia atas dasar nilai kesihatan pengguna (Gonen, 2010).

http://www.gaianaturopathic.com/docs/Food_Additives.pdf

PERANAN KERAJAAN
Akta Makanan 1983 hanya membenarkan kuantiti tertentu bahan kimia ditambahkan ke dalam makanan. Jabatan Kimia Malaysia sentiasa menjalankan kajian dan analisis ke atas makanan-makanan di pasaran. Akta Makanan juga telah mewajibkan pengilang melabelkan makanan diproses seperti nama dan alamat pengilang, jenis makanan, ramuan makanan, kuantiti makanan dan tarikh luput. 

Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan tambah kimia dalam bahan pengawet, perisa, pengangtioksida dan sebagainya bagi sampel-sampel tertentu pada tahap seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual Keenam, Peraturan Makanan 1985.

Bahan tambahan makanan
Kuantiti maksimum yang dibenarkan dalam setiap kilogram makanan
Asid benzoik (pengawet)
350 mg
Asid askorbik (pengantioksida)
2000 mg
Sulfur dioksida (pengawet)
20 mg
Rajah 3 Beberapa Contoh Bahan Tambahan Makanan Mengikut Kuantiti Maksimum Yang Dibenarkan Dalam Setiap Kilogram Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia hanya meluluskan bahan tambah dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia. Malahan, program pemantauan yang berterusan juga dijalankan bagi memastikan penggunaan bahan tambah dalam makanan mematuhi kadar yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan (JAKIM, 2011).

PERANAN MASYARAKAT
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan pengguna untuk membaca label makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang alah terhadap makanan atau aditif, pengguna seharusnya membaca label makanan dan mengenal pasti makanan atau aditif yang mendorong kepada alahan seperti kekacang, kuning telur, protein susu lembu dan bahan pewarna yang berlebihan. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak-hak ke atas makanan yang dibeli seperti hak keselamatan, hak untuk dapatkan maklumat, hak untuk mengadu, hak untuk memilih, hak untuk dapat ganti rugi dan hak mendapat pendidikan pengguna.

CADANGAN PENYELESAIAN BAGI ISU BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
     Maklumat dan pengetahuan tentang isu ini perlu disampaikan secara holistik. Pendidikan pengajaran tentang bahan tambah kimia dalam makanan melalui subjek Sains dan Pendidikan Kesihatan sewajarnya diterapkan di peringkat sekolah rendah lagi. Selain itu, Kementerian Pendidikan seharusnya menambah baik isi kandungan matapelajaran sekolah menengah dengan menggalakkan warga sekolah mengadakan pameran, ceramah atau seminar di sekolah agar menyamai taraf dengan pendidikan global. Warga sekolah boleh mendapatkan kerjasama dari agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi menjayakan program pendidikan.

            Seterusnya, pengetahuan pendidikan kepada orang awam disampaikan melalui pameran, ceramah dan seminar di dewan terbuka. Pendedahan melalui iklan televisyen dan papan iklan digital di jalan raya juga mudah dilaksanakan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Oleh itu, kerjasama dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat dan pengetahuan tentang Akta Makanan 1983, bahan kimia dalam makanan, status sesuatu produk makanan dan kesan ke atas manusia dapat disampaikan kepada pengguna di Malaysia.




BIBLIOGRAFI

Gonen J. (2010). Food Additives. Portal Gaia Naturopathic Clinic. Retrieved August 20,  2014, From http://www.gaianaturopathic.com.

Jabatan Kimia Malaysia. (2009). Aditif Makanan. Laman Web Rasmi Jabatan Kimia  Malaysia. Retrieved August 10, 2014, From http://www.jkm.gov.my

JAKIM. (2011). Takrifan Halal. Halal Malaysia. Retrieved August 10, 2014, From http://www.halal.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Aditif Makanan - Apa Yang Perlu Anda Tahu? Portal Rasmi Myhealth. Retrieved August 10, 2014, From http://www.myhealth.gov.my.

Noor Fiteri & Masnisah. (2014). Keraguaan Penggunaan Bahan Dalam Pengendalian Makanan Moden. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Dan Pendidikan Islam Politeknik 2014. Retrieved August 20, 2014, from www.academia.edu.

Mahadiah Muda. (2012). Xpress A+ Spm Biology Bilingual. Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.

Marni Baharom & Hanizah Ibrahim. (2011). Complete Reference Express Science UPSR Tahun 4, 5 Dan 6. Ipoh, Perak :Global Mediastreet Sdn Bhd.

Syed Rasheeduddin, A. (2001). Eating Human Hair By Another Name? Albalagh. Retrieved  August 15, 2014, From http://www.albalagh.net.

Yeap Tok Kheng. (2012). Longman Essential Chemistry Form 5 Bilingual Text. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment